Best Story

19 Mei 2010

Ambil Kesempatan Dalam Kesempitan...

Salam...

Kat mana-mana pun Arm boleh tidur nie...kekeke

Walaupun mata Arm nie dah berat tahap gajah, tetapi keinginan untuk terus berblog masih lagi teguh kat dalam diri Arm nie. Jadi, sebelum Arm menidurkan diri, korang layan dulu kisah yang pelik tapi benar nie...


Ini bukanlah kisah seseram jangan pandang belakang mu, tetapi ini kisah realiti dan betul-betul terjadi kat Malaysia nie. Dimana seorang lelaki yang berumur 55 tahun telah mengambil kesempatan terhadap wanita yang dalam kesempitan untuk membayar denda RM 3000 kepada mahkamah syariah atas kesalahan berkhalwat...


Semasa ditangkap khalwat, teman lelaki mereka menanam tebu di tepi bibir (banyaklah semut kat bibir tue), menyatakan sanggup tolong bayarkan denda kepada mahkamah atas kesalahan berkhalwat, tetapi bila saat dah menghadap mahkamah, teman lelaki mereka hanya membayar untuk diri sendiri dan pergi meninggalkan teman wanitanya terkapai-kapai keseorangan...


Di saat wanita ini tengah pening mengenangkan nasib yang akan dimasukkan ke dalam penjara kerana tak dapat bayar denda, muncullah lelaki yang berusia 55 tahun ini untuk menghulurkan bantuannya. Bantuannya pula bersyarat, jika dia membayarkan denda nie, wanita tue mesti bersetuju berkahwin dengannya pulak (Peh ada udang di sebalik mee nie)...

 
Gambar di petik dari uncle google..

Wanita nie yang tengah betul-betul kesempitan, bersetujulah menerima syarat yang ditetapkan lelaki tue. Apabila telah berkahwin dengan lelaki tue, barulah wanita ini tahu, lelaki tue dah ada isteri dan dia telah dijadikan bini nombor dua lelaki  tue. Setahun kemudianya, wanita nie dikejutkan lagi dengan perkahwinan yang ketiga lelaki nie dengan wanita yang ditangkap khalwat juga dengan menggunakan teknik yang sama kat mahkamah...


Apa yang bagusnya, lelaki nie tak pernah mengabaikan isteri-isterinya ini. Serta wanita yang ditangkap khalwat ini hidup bahagia dengan lelaki yang memberikan pertolongan bersyarat itu. Apa yang merisaukan isteri yang dimadukan lelaki nie hasil pertolongan bersyaratnya tue, suami mereka seakan berkobar-kobar mencari isteri lagi menggunakan jerat sama kat mahkamah syariah tue...


Ini macam punya orang pun ada ka??kekeke.. Iyalah, kira oklah tue ada orang sanggup tolong bayarkan denda jika dibandingkan masuk penjara, bagus lagi kahwin dengan lelaki nie. Apa yang penting dia adil dan dapat membahagiakan bini-bininya....

p/s : oklah Arm nak tidur dulu yer...gud nite....

14 ulasan:

  1. adil kira ok dah tu. elok la kawen dari terus menerus asek kene tangkap basah hahaha

    BalasPadam
  2. huhuhu..pandai org tua tu cri jalan nk kawin lagi..

    jodoh masing2..huhuhu

    BalasPadam
  3. ermm..org tua tu pelik.
    tp yg bagusnya dia selamatkn perempuan dlm kesempitan.
    kalo perempuan tu tak bersyukur lg tak tau la.
    sbb bkn org tua tu menzalimi diorg pn.
    cuma takut jgn lebih 4 la.. x_x

    BalasPadam
  4. wow! kesempatan dalam kesempitan haih...dunia dunia..:O

    BalasPadam
  5. oo sudah baca kisah ni,agaknya lelaki tu pi tunngu je depan mahkamah, sapa tak boleh bayar denda meh kawen dengan dia kan ahahaha..org cmni pun ada

    BalasPadam
  6. hihi xpernah dengar kes mcm ni..seronok plak kisah ni..yg paling kena adil..

    p/s:bukan xsudi singgah selalu tp sibuk gila.. nak spm tahun ni..

    BalasPadam
  7. peluang baik beb...mana boleh lepaskan

    BalasPadam
  8. haha,menarik...even dia tipu sikit but dia xoernah abaikan diorang...kir aok la gak kan??

    BalasPadam
  9. To WaNiE : Betul, bukannya dia tak adil pun..yg penting dpt membahagiakan...

    BalasPadam
  10. To my name is mimie : Hahaha, mmg pndai gak org tua nie, pndai ambil kesempatan ...

    BalasPadam
  11. To NiZaM Limited : Kalau lelaki nie tolong free2 jer mmg tak patut pun. Klu dia harap dorg nie bayar balik mgkin susah sikit, jd dia ofer lah kawin dgn dia.. Tak apalah lelaki nie mampu jgk...

    BalasPadam
  12. To nuriz : mgkin dah byk duit, jd dia buat lah kebajikan sikit.. hehhee

    BalasPadam
  13. To aku junsu : Arm doakan semoga berjaya dlm SPM nnti..rajin2 study yer..

    BalasPadam
  14. yang ni kite bleh kelaskan kepada pak cik yang x sedar diri dah tua2..hehehe..niat mmg baik tp ambik kesempatan

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..