Best Story

7 Mei 2010

Mengenang Dosa Silam...

Salam Jumaat dari Arm...



Pada hari jumaat yang mulia nie, kita seharusnya bersyukur kerana masih lagi diberikan peluang untuk terus hidup di alam dunia pinjaman Allah kepada kita. Bila-bila masa sahaja kita akan dipanggil balik oleh-Nya, sama ada ketika kita bersedia atau pun tidak....


Seperti biasa, Arm akan meneruskan entry yang berunsur keagamaan pada jumaat kali nie yang mana Arm harap manfaatnya akan kita perolehi bersama-sama. Bukan apa kita mesti seimbangkan antara dunia dan akhirat, tak ada guna juga jika kita mengejar dunia dan kebendaan semata-mata yang mana hanya bersifat sementara saja....


Seperti yang kita semua sedia maklum, tak ada pun seorang dari kita manusia biasa nie yang terlepas dari melakukan dosa, tak kiralah dosa tue besar atau pun kecil. Namun pernahkah kita membaca dan merenung ayat-ayat Al-Quran tentang neraka. Neraka adalah tempat pembalasan kepada dosa kita, apabila merenung balasan kat neraka, pasti akan menimbulkan perasaan gerun dan gentar kita walau segagah mana pun kita kat dunia nie....


 


Seterusnya apabila perasaan bersalah terhadap dosa yang telah kita lakukan selama nie semakin mendalam dan tak terkawal lagi di dalam diri kita dan dosa-dosa itu sentiasa terbayang di dalam kotak pemikiran kita, di saat inilah syaitan akan memainkan peranannya sebagai pembisik beracun yang akan tambah memusnahkan diri kita dengan bisikannya yang akan menyebabkan kita terus berputus asa dengan Allah SWT...


Setelah kita berputus asa dengan Allah SWT, kita akan jauh sekali untuk bertaubat dari dosa dan seterusnya akan bergelumang dengan dosa dan maksiat yang telah kita lakukan. Ini kerana kita beranggapan tiada gunanya kita bertaubat kepada Allah SWT, kerana Allah SWT tak akan mengampunkan dosa kita...


Firman Allah SWT yang bermaksud "Katakanlah (wahai Muhammad), wahai hamba-hamba ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia jugalah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Zumar 39:53)...


"Adakah Allah akan mengampunkan dosa ku??"...Persoalan seperti ini selalu akan timbul di dalam hati kita disaat ingin bertaubat kepada Allah SWT. Sepatutnya kita mestilah sentiasa ingat bahawa sesungguhnya, Allah sesekali tak akan pernah memungkiri janjinya kerana Dia telah berjanji akan menghapuskan segala dosa, tak kira besar atau pun kecil dosa kita tue melainkan dosa syirik saja....






7 ulasan:

  1. manusia selalunya tidak ingat akan dosa sendiri..setiap hari kita disarankan agar beristigfar sebanyak 70 kali atau lebih agar Allah mengampunkan dosa kita.

    BalasPadam
  2. ya lah. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang kan. jahilnya saya.. :(

    NISECA suka merapu

    BalasPadam
  3. To humairah : Betul2..kena selalu istighfar kepada Allah...

    BalasPadam
  4. To sarah shafie : Selagi mempunyai peluang bertaubat...cepat2lah bertaubat kpd Allah SWT..

    BalasPadam
  5. Hm, sebab tu muhasabah diri tu perlu.
    supaya kita menginsafi diri dan supaya harini lebih baik drpd semalam.

    BalasPadam
  6. To NiZaM Limited : betul tue Nizam, kita nie mesti selalu muhasabah diri kita agar dpt memperbaiki diri utk harungi kehidupan seterusnya...

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..