Best Story

10 Julai 2010

Rompak Guna Pistol Mainan - RM 36000 Lesap..

Salam buat semua...


Gambar contoh dipetik dari google...


Alangkah baiknya jika memiliki handphone Nokia seperti dalam gambar tue. Pasti meriah. Selain boleh dibuat untuk berkomunikasi sesama umat manusia  (itu pun kalau ada kreaditlah), boleh juga dibuat sebagai senjata api, bukan kayu api pulak...


Tujuan Arm hari nie, bukan pula untuk bercerita tentang pistol yang boleh dijadikan handphone, tetapi tujuan Arm adalah untuk berkongsi sebuah lagi kisah jenayah rompakan bank yang baru berlaku kat dalam negara kita. Kejadian ini berlaku kat Puchong petang semalam...


Apa yang menarik hati Arm sehinggakan ingin berkonsikan kisah yang Arm baca di akhbar ini dengan korang semua adalah kerana perompak ini hanya menggunakan pistol mainan dan telah berjaya melarikan wang dari bank sebanyak RM 36 000. Dan apa yang paling mengejutkan juga, dia berjaya memperdayakan pengawal keselamatan bank terbabit serta merampas senapang patah pengawal terbabit...


Ha!! memang handal lakonan si perompak ini. Selepas dia telah berjaya memperoleh wang, perompak nie melarikan dirinya dan sempat mencampakkan senapang milik pengawal bank tue di hadapan pintu masuk bank yang dirompaknya itu. Pengawal sempat juga memungut senapangnya dan mengejar perompak tue, tetapi tak berjaya menangkapnya...


Bagaimana pulak polis boleh tahu perompak tue guna pistol mainan saja? Ini semua terjawab apabila anggota polis menemui 'pistol' yang digunakan dalam rompakan ini di dalam longkang beberapa meter dari tempat kejadian...


Memang dasar perompak, dah terdesak nak mencari kemewahan dengan cara yang salah. Tetapi apa pasal pula sekuriti bank tue tak lepaskan saja tembakan semasa perompak tue masuk bank. Kalau tak, pasti berkecai kepala perompak tue...

10 ulasan:

  1. salam,

    huh? ye ke? Adoi..macam-macam laa...tp kan..macammana boleh tertipu tue... huhu...perompak oh perompak!

    BalasPadam
  2. To Amir Izzat : Entahlah..mesti pengawal tue dah cuak gila..itu yg jadi panik dan percaya perompak tue guna pistol betul..

    BalasPadam
  3. mmg kretif pencipta nie.. nmpk real

    BalasPadam
  4. pergh.. pengawal keselamatan kompem kene pecat nyer.. ;)

    BalasPadam
  5. KAHKAH. ni nak bagi pengajaran pada pengawal tu, tembak je si pesalah. tayah caya pistol yang dia acu2 tu

    BalasPadam
  6. dh namanya perompak, memang jahat betul...

    BalasPadam
  7. tak mungkin lulus utk jualan kt malaysia, kecualilah diseludup...

    BalasPadam
  8. pengawal patutnya sentiasa bersedia...jangan leka,

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..