Salam...
Apa khabar korang semua? Harap-harap sihatlah hendaknya. Pada hari cuti yang indah ini, hari yang dinanti oleh semua pekerja yang cuti pada hari sabtu dan ahad, izinkan Arm untuk membawa sebuah lagi kisah yang boleh kita jadikan iktibar di dalam kehidupan kita seharian...
Kisah ini Arm baca di akhbar pagi tadi, dan apabila Arm membaca cerita ini, Arm berasa jijik dengan tindakan seorang suami yang sanggup melakukan perbuatan yang sangat keji terhadap tiga isterinya sendiri. Apa tidaknya, lelaki ini memaksa isteri-isterinya melakukan hubungan seks dengannya secara serentak di dalam kamar yang sama...
Apa yang lebih memeranjatkan, si suami adalah seorang yang dihormati sebagai seorang guru agama yang memiliki pusat tahfiz sendiri. Apabila isteri-isterinya menolak untuk tidak melakukan seks seperti yang diingini suami mereka, suami mereka menuduh mereka menderhaka kepada suami pula. Dalam keadaan yang terpaksa, isteri-isteri kepada ustaz terlampau ini terpaksa menurut kehendak pelik suami mereka sendiri....
Ustaz terlampau ini juga sanggup menipu isteri-isterinya dengan mengeluarkan dakyah palsu yang mengatakan amalan ini adalah sunnah nabi dan Rasulullah turut melakukan amalan seperti ini. Sungguh terkutuk betul ustaz s ini, kerana dia telah cuba menyesatkan isterinya sendiri demi menuntut nafsu syaitannya...
2 orang isterinya yang tidak sanggup lagi diperlakukan sebegini kerana berasa malu kepada diri dan tuhan telah menuntut cerai kepada ustaz terlampau terbabit...
kalau ustaz pun tak betul..
BalasPadamsusah ni..
salam..
BalasPadamha..kan dah kena
mmg terlampau..
patut di jel je
huhuhu dasyatt
BalasPadamSalam... sekarang ni banyak sungguh 'stat' bukan 'ustad' :D hehehehehe
BalasPadamakhbar mane bro?
BalasPadamwell, i'm never a big supporter of polygamy... and this is usually the reason why :/
BalasPadamadoyai~ sesat da ustaz tu..
BalasPadammalu la buat mcm tu..aib sungguh~
bagus..2 bini da minta cerai...
BalasPadambukan salah poligami ni...ni adalah salah manusia tu sendiri...poligami sebab nafsu tu yg jadik cenggini tu...kan...kan...kan...;p
BalasPadamhmm ustaz oh ustaz.
BalasPadamTo kyo_9: akhbar kosmo online kyo..
BalasPadamTo khalidahmacambaguss~O_o: Jika ikut adab dan peraturan poligami yg telah ditetapkan dlm Islam, tak ada masalah punya..cuma manusia yg merosakkan apa yg telah ditetapkan...itulah jd mcm gini...
BalasPadamTo zulkbo: Ustazah terlampau pun ada jugak..jgn lupa yer...hehehe
BalasPadamxboley nak kata la zmn skrg ni..
BalasPadamustaz ngan bkn ustaz pon sama je..hmm..
nice article Arm..
BalasPadam