Best Story

12 Ogos 2010

Tonik Puasa Yang Menipu - Berhati-hatilah...


Salam Ramadhan buat semua...


Inilah Tonik Puasa yang berbahaya tue..(gambar milik myMetro)

Tak sampai sejam lagi Arm akan berbuka puasa. Sementara menunggu masa untuk berbuka nie, Arm nak bawakan lagi pada korang semua kisah yang boleh kita sama-sama jadikan panduan dan tauladan...

Di sepanjang bulan Ramadhan nie, ramailah umat Islam yang terutamanya di Malaysia nie mencari-cari makanan tambahan yang boleh memberikan tenaga dan dapat menahan lapar dan dahaga...

Tidak ada salahnya mencari makanan tambahan untuk menempuh puasa, tetapi yang penting sentiasa beringat dan berhati-hati. Di Kuching, Sarawak satu tonik puasa yang kononnya dapat memberikan tenaga dan menahan lapar dan dahaga semasa berpuasa rupa-rupanya mengandungi steroid...

Steroid nie pula boleh menyebabkan seseorang pengguna itu menghadapi sembab, lemah otot, kegagalan fungsi buah pinggang, darah tinggi, gangguan haid, jerawat dan paling teruk boleh membawa maut...

Penjual-penjual ubat tonik nie pula dengan selambanya menjual di kaki lima di sekitar bandar Kuching. Mereka juga mendakwa tonik ini dihasilkan menggunakan bahan campuran pati air ikan haruan dan ginseng serta madu lebah...

Jadi Arm harap, kita semua sentiasalah berhati-hati dan sentiasa mengambil iktibar. Manalah tahu, tanpa kita sedari rupanya-rupanya telah menggunakan tonik ini dan kita juga sebenarnya telah membahayakan diri kita. Bagi Arm, tak perlulah kita menggunakan makanan tambahan untuk berpuasa nie, cukuplah mengamalkan cara pemakanan Rasulullah semasa bersahur dan berbuka, komfom akan tahan sewaktu berpuasa....

Selamat berbuka 

13 ulasan:

  1. tonik.. :) selamat berpuasa buat si blogger!!! jom kat blog saya and comment kat saya pula!!! agagagag! ;0

    BalasPadam
  2. ade jep yg amek kesempatan kan ?

    BalasPadam
  3. ikan haruan gak dapat nama.. ;)

    BalasPadam
  4. yea2~~ puasalah tanpa bhan2 ni,,haihh,,,

    BalasPadam
  5. selamat berpuasa ! :)

    follow my blog ..

    luvillacokelat.blogspot.com :)

    BalasPadam
  6. To lassiegewdix :Biasalah tue..manusia, mmg sggup buat apa sja semata wang..

    BalasPadam
  7. To Kyo 9 : Hehehe...haruan jugak yg jadi glemer..kita nie menumpang jer lah...hehe

    BalasPadam
  8. To mIMey :Ya, betul...puasa jer mcm biasa..tak payah ler nak mkn2 ubat tambahan nak bagi tenaga tue...ikut jer sunnah rasulullah, habis cerita..

    BalasPadam
  9. selamat berpuasa semua.. berbuka ala kadar.. bersahur pun ala kadar..

    BalasPadam
  10. ya Allah, nenek NF selalu je minum bnde ni masa sebelum nak ke sawah.. tak tau lak bahaya bnde ni.. kena bg tau.. mintak2 laa dijauhkan ape2 musibah.. :(

    BalasPadam
  11. To imabiz :Betul2..berbuka sebiji kurma dan air suam..pas tue trus pegi solat mahrib dulu...

    BalasPadam
  12. To nurfaiz shaidan : iya ker..kena cpt bg tahu nenek NF ler..takut2 nnti ada terjadi apa2

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..