Best Story

15 Oktober 2009

Budak 5 tahun di bunuh kejam



Gambar pembunuh kejam (Siriphong)



Siriphong melakonkan semula situasi ketika kejadian pembunuhannya.

Akibat tidak tahan dengan makian dan cacian yang dikeluarkan dari mulut kekasihnya..Siriphong(gambar) menembak kekasih dan anak kekasihnya yang berusia 5 tahun di dalam teksi di Bangkok, Thailand. Dia memberitahu polis, kekasihnya menghina dan mencaci dia bahawa dia adalah seorang pengecut kerana tidak membunuh salah seorang bekas suami kepada wanita tersebut.
Suspek, Siriphong Kanchannaniwit, 40 tahun, juga membunuh kekasihnya itu hujung minggu lalu.

Dia menyerah diri petang kelmarin di pejabat sebuah stesen televisyen tempatan, mencetuskan liputan media sensasi terhadap kesnya itu. Polis menahan Siriphong di stesen televisyen itu selepas membenarkannya memberi sidang akhbar yang disiarkan oleh stesen televisyen berkenaan.
Dia memberitahu pihak polis bahawa dia tidak terniat sama sekali untuk membunuh budak tersebut..tapi apa boleh dibuat, "nasi telah menjadi bubur"..
Siriphong telah membuang mayat kekasihnya di tepi jalan selepas terserempak dengan kereta peeronda polis..manakala anak kekasihnya pula telah di bawa pulang ke rumah dan dikerat menjadi beberapa bahagian..
Kes ini masih dalam siasatan pihak polis, sumber polis mengatakan masih banyak persoalan yang belum terjawab dalam pembunuhan kejam ini...

1 ulasan:

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..