Best Story

23 Oktober 2009

Hidup Chelsea!!!



Nampaknya Chelsea menunjukkan taringnya kembali apabila berjaya menang besar kepada pasukan Altetico Madrid di Stamford Bridge kelmarin...2 jaringan yang dihasilkan oleh Salomon Kalou menunjukkan bahawa beliau masih lagi mempunyai sentuhan jaringan yang diperlukan untuk memastikan 'The Blues' berjaya layak kepada 16 pasukan terakhir di dalam kempen Liga-Liga Juara..(terus senyap jer penyokong MU kat ofis gua(III), dengki Chelsea menang)
Walaupun dengan ketiadaan tonggak utama jentera serangan Chelsea...(sape lagi, Drogba ler)yang digantung  perlawanan..Namun Kalou berjaya bangkit selepas mempamerkan aksi yang kurang memberansangkan pada perlawanan yang lepas-lepas, kerana sentiasa gagal untuk menjaringkan gol..(kin tali kasut dia tak ikat ketat tue)
Gua harap tahun nie Chelsea akan berjaya mendapatkan piala Liga-Liga Juara..(Hidup 'The Blues')
Sape sokong Chelsea kat sini!!???Gua(III) ler....

1 ulasan:

  1. yehhhhhh..... chelsea.... gua la penyokong setia chelsea....

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..