Best Story

22 November 2009

Budak 17 tahun jual gadis liar


Gambar Hiasan

Mungkin kisah yang akan aku paparkan nie, sering kali korang dengar kat mana-manakan...tapi kisah yang akan aku paparkan ini adalah kes istimewa sikit...Mana tidaknya dalam usia yang begini muda iaitu 17 tahun, Tasha bukan nama sebenarnya telah terlibat dalam sindiket memperdagangkan manusia...
Semuanya ini berlaku gara-gara ketagihan dadah jenis syabu..

Seawal tingkatan 2, Tasha telah pandai menghisap dadah jenis ganja dan apabila dia telah berada di tingkatan 3 sudah mula pula berjinak-jinak dengan dadah jenis syabu dan pil khayal...Memang dahsyat budak nie kan...Kalau diikutkan, orang tua budak Tasha nie boleh dikatakan warak dan alim juga, didikan agama turut diajarkan orang tuanya kepada si Tasha nie...namun kerana pengaruh rakan sebaya dan sifat ingin mencuba akhirnya menterjebakkan dirinya ke dalam gelanggang hitam yang penuh noda nie...
Apabila sudah setahun si Tasha nie terlibat dengan penagihan dadah syabu, tanpa disedarinya hutangnya kepada 'pusher' atau pengedar syabu nie telah mencecah RM 4000...Hutang nie pula, bukan hutang beli motor ker, atau hutang beli barang kemas tetapi hutang untuk beli 'barang' atau syabu...Akhirnya si 'pusher' nie telah menagih hutangnya kepada si Tasha, tetapi dia tidak mempunyai wang...
Jadi, si pengedar dadah nie pun memberi satu cara untuk si Tasha nie melangsaikan hutangnya...Eh, bukan la pulak menyerahkan tubuhnya kepada 'pusher' tue...tidak sama sekali 'pusher' tue inginkan tubuh si Tasha nie...Kerana 'pusher' nie pun dah sedia maklum, si Tasha nie dah ramai lelaki yang pakai...umpama bertukar pakaian jer lah..Caranya ialah si Tasha mesti mencari wanita untuk diperdayakan dan wanita malang itu mesti diberikan kepada pengedar dadah tersebut...Kata budak Tasha nie, dia pun tak pasti apa yang dibuat kepada wanita yang diperdayakannya mungkin mereka dijadikan pelacur atau pun direkrut untuk menjual dadah...
Sasaran budak Tasha nie adalah gadis yang masih muda dalam lingkungan 18 tahun hingga 20 tahun...dia akan mendekati gadis yang liar seperti yang suka minm arak dan terlibat dengan dadah juga...Setelah tugas pertamanya memperdayakan wanita itu berjaya, secara automatik hutangnya kepada pengedar dadah itu menjadi langsai dan turut diberikan wang pula sebanyak RM 500..
Semenjak dari hari tue, dia menjadi senjata kepada 'pusher' tersebut untuk memperdayakan gadis liar di sekitar Kuala Lumpur...habuan yang diberikan memang cukup lumayan, dia akan diberi RM2000 untuk seorang gadis dan diberikan syabu tanpa bayaran...
Akhirnya, kegiatan buruknya ini telah diketahui oleh abangya...lalu dia telah dikurung di dalam rumah dan tidak dibenarkan keluar berjumpa dengan kawan-kawannya lagi...Atas nasihat dan perhatian yang diberikan oleh keluarganya kepada dirinya, dia berasa insaf dan menyesali perbuatannya selama nie...Tasha pada tahun ini akan menghadapi SPM dan dia nekad untuk berjaya dalam SPM dan ingin kembali ke pangkal jalan...
Aku mendoakan agar ko Tasha akan betul-betul insaf dan tidak akan mengulangi kesilapan yang telah engkau lakukan selama nie...Engkau beruntung kerana keluarga engkau masih menyayangi kau...Satu sahaja aku harapkan agar engkau akan betul-betul jadi manusia yang berguna pada masyarakat dan JANGAN JADI SAMPAH MASYARAKAT!!!



4 ulasan:

  1. semoga ulasan ni bisa jd pengingat kita semua

    BalasPadam
  2. Pesan gua, jagalah maruah diri sendiri dan jagalah maruah keluarga kita..jgn sekali2 cuba kpd benda yg tak baik..

    BalasPadam
  3. Tasha ni mmg nak kene tapak kaki sedas due.

    :angeldream:

    BalasPadam
  4. Haha..jgn bro..jgn tak sepak bro..

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..