Best Story

7 November 2009

Piala Malaysia - Kelantan VS Negeri Sembilan



Malam ini akan berentaplah dua pasukan negeri untuk merebut Piala Malaysia (piala yang paling berprestij di Malaysia)...Siapakah yang paling layak diantara Negeri Kelantan dan Negeri Sembilan?? Gua(III) sendiri pun tak ada jawapan untuk persoalan ini...Tetapi jika dilihat perkiraan di dalam kertas, Negeri Sembilan adalah lebih banyak memenangi perlawanan di dalam liga dan rekod pertemuan diantara 2 pasukan ini pun lebih banyak menyebelahi Negeri Sembilan...
Untuk pengetahuan korang semua, Kelantan telah menanti detik keramat ini selama 88 tahun dan Kelantan belum pernah lagi merasai menyentuh Piala Malaysia ini...So, adakah impian mereka ini akan tercapai? sama-samalah kita lihat jawapannya malam ini ya...
Manakala Negeri Sembilan pula pernah menjulang sekali sahaja Piala ini pada tahun 1948...dan adakah kemarau untuk mendapatkan Piala Malaysia ini akan tercapai pada malam nie...?Mereka terpaksa menunggu saat ini selama 61 tahun!!!
Nampaknya kedua-dua pasukan ini pasti akan cuba sedaya upaya mereka untuk merebut Piala ini...kerana telah terlalu lama mereka tidak merasa menjulang Piala Malaysia...Harapan gua(III) hanya satu, diharap perlawanan ini akan menjanjikan perlawanan yang sihat dan sengit dan gua(III) juga berharap agar penyokong-penyokong kedua-dua pasukan menunjukkan sikap profesional dan tidak mengikut emosi semasa menyokong pasukan negeri anda...


Harap-harap pasukan Sabah akan dapat menjulang Piala Malaysia nie di tahun hadapan pulak...hehehe


3 ulasan:

  1. jgn lupa malam nie yerk

    BalasPadam
  2. kalahkalahkalahkalahkalahkalahkalahkalahkalahkalahkalahkalahkalahkalahkalahkalahkalahkalahkalahkalahkalahkalahkalahkalahkalahkalahkalahkalahkalahkalahkalahkalahkalahkalahkalahkalahkalahkalahkalahkalahkalahkalahkalah

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..