Best Story

25 April 2010

Akibat Khalwat, Maut Dalam Longkang !!!!

Salam buat semua...


Kadang-kala, pernahkah korang terfikir disaat membuat dosa dan maksiat tiba-tiba nyawa korang langsung dicabut oleh Allah SWT, dan secara tak langsung kita tak sempat pun bertaubat... Kisah yang Arm akan paparkan pada petang hari minggu nie Arm harap dapat memberikan iktibar buat diri kita semua sebagai makhluk kat muka bumi Allah SWT ini. Bukan apa hanya untuk dijadikan pengajaran agar kita tak melakukan kesalahan yang sama...


Kalau korang membaca paper hari nie, pasti korang akan terbaca berita nie. Janganlah asyik sibuk membaca isu politik dan gossip tue. Luangkanlah sedikit masa membaca apa yang terjadi kat kawasan setempat kita tue. Manalah tahu kejadian nie terjadi kat tempat kitakan. Akibat nak sedap yang sementara, akhirnya memakan dan membinasakan diri sendiri jua. Itulah kejadian benar yang berlaku kat Apartmen Jelutong, Selayang Height semalam...

Dari apartment inilah pelajar lelaki tue 
jatuh semasa untuk melarikan dirinya..

Sepasang kekasih yang masih lagi menuntut kat sebuah kolej, tak dapat menahan gejolak nafsu yang tak terbendung lagi di dalam diri masing-masing. Maka akhirnya, mereka melakukan khalwat di rumah sewa yang disewa oleh pelajar wanita tue. Mereka beranggapan tak ada mata atau pun tak ada orang yang nampak perbuatan mereka tue. Jiran yang tak mahu menanggung dosa akibat perbuatan sepasang kekasih nie membuat aduan kat AJK masjid yg diberikan kad kuasa oleh JAIS....

 Di dalam longkang inilah jasad pelajar tue ditemui...
Pada jam 1.40 pagi AJK masjid yang ditauliahkan JAIS datang ke rumah tue untuk buat pemeriksaan. Akibat terlalu takut dengan kesalahan yang mereka telah lakukan, teman lelaki kepada pelajar wanita itu cuba untuk melarikan dirinya dari tingkap apartment tue. Malangnya dia tergelincir dan terus terjatuh ke bawah dari tingkat lima apartment tue. Pelajar lelaki itu telah mati di dalam longkang kat bawah apartment. Begitu ngeri dan sadis kematian pelajar lelaki tue. Dia telah mendapat kecederaan yang parah di kepalanya dan beberapa bahagian badannya...


Arm bukan ingin mengaibkan sesiapa, cuma Arm harap kisah nie akan dijadikan iktibar dan sekiranya diri kita tersedar kesan membaca kisah nie, cepat-cepatlah bertaubat kepada Allah SWT. Selagi pintu taubat masih dibuka untuk kita semua rebutlah peluang yang diberikan kepada kita selagi nyawa masih lagi berdegup. Sama-samalah kita mendoakan agar Allah SWT mengampunkan dosa pelajar lelaki yang meninggal dunia itu...

20 ulasan:

  1. amin...simpati sbb ALLAH amik nyawa lepas buat maksiat...ALLAH...ampunilah hamba mu...

    BalasPadam
  2. astaghfirullahalazim.

    kan ke tidak memasal dah jatuh dan meninggal.
    sedeh.

    BalasPadam
  3. to AKU : Semoga kita dapat pengajaran dari kisah nie..dan semoga kita dijauhkan dari perkara seumpama ini...

    BalasPadam
  4. to ~ h a n i m h u s i n ~ : Lebih takutkan JAIS drpd Allah..

    BalasPadam
  5. Akibat tak dapat nak kahwin, beromen dengan awek menjadi tren anak muda masa kini.

    BalasPadam
  6. astagfirullahalazimm..shiannya..
    2 la org ckp.nk mati..bila2 pn bleh mati.huhuhu:((


    mntk dijauhkan....

    BalasPadam
  7. woohaaaa ~~ mintak dijauhkan.
    nauzubillah ...

    BalasPadam
  8. kadang2 cara kita meninggal pon menunjukkan redha tak redha Tuhan pada kita. hurm.. berdoalah banyak2 moga kita dijauhkan dr menjadi golongan yg sia2..

    BalasPadam
  9. selalunyer cara orang tue mati berkait rapat dengan cara hidupnya di dunia
    semoga Allah mencucuri rahmat dan mintak dijauhkan dari mati dalam keadaan begitu

    thnxx arm for sharing renungan yg bagus nie
    ader masa,arm kommentla new entri sy plak
    hee~
    =]

    BalasPadam
  10. harap nnti mati kita semua dalam husnul khatimah...

    BalasPadam
  11. Pihak polis masih menyiasat kes ini - jadi janganlah buat andaian pemuda itu mati kerana melakukan maksiat -

    Pemuda itu mungkin datang berjumpa wanita itu kerana wanita itu perlukan pertolongan dan di sebabkan kurang ugama beliau telah masuk ke dalam rumah.Oleh kerana panik dan takut beliau telah melakukan sesuatu yang tak diingini

    Atau

    Pemuda itu mungkin di perangkap oleh wanita

    Tapi kenapa pihak JAIS tidak menahan pemuda itu sebelum beliau masuk dan menahan pemuda itu . Adakah pihak JAIS pentingkan jumlah penangkapan dari jumlah orang yang berjaya di tarbiah.

    Anak muda berumur 21 tahun patut di nasihat dan bukan di perangkap sehingga megakibatkan kematian.

    Tiada keluarga yang mahukan anak mereka mati dalam keadaan yang serupa ini. Orang Islam patut membimbing bukan bergembira dengan kejayaan menangkap orang yang membuat kesalahan.

    Mungkin JAIS dan AJK penduduk apartment tersebut merasa puas dengan kejayaan menangkap kes khalwat sehingga menyebabkan kematian seorang pemuda ???

    Adakah JAIS atau AJK kawasan atau jiran sebelah rumah tersebut pernah menahan pemuda itu dan menasihati beliau..

    Sekiaranya ada kes seperti ini lagi ..adakah anda ingin memberi peluang pelajar itu melalui nasihat atau anda lebih suka memerangkap pelajar itu sehingga beliau panik dan menyebabkan kematian.

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. to tanpa nama :

    Apa yg ko ckp tue ada mmg ada betulnya...kes nie masih dlm siasatan pihak polis. Tetapi bagi Arm, Jika kita menganggap yg pemuda nie cetek ilmunya ttg pengetahuan agama, bg Arm dia seorang yg tahu hukum khalwat. Mengapa Arm ckp mcm tue, krn jika dia tak mengetahui hukum khalwat nie, mengapa dia harus lari dan takut. Bermakna dia tahu serba sedikit hukum asas khalwat nie.

    AJK masjid yg ditauliahkan JAIS bersama polis sebenarnya belum lagi masuk ke rumah tue, mereka baru sekadar mengetuk pintu rumah tue, dan tdk lama kemudian mereka mendengar ada spt benda jatuh. Hanya selepas itu, barulah wanita tue membuka pintu.

    Klu nak tangkap dan tahan pemuda tue kat luar rumah, itu bukan khalwat dan klu ko pun kena tahan dekat luar rumah, ko nak mengaku ker ko bekhalwat...Untuk membuktikan satu pasangan tue berkhalwat, pegawai JAIS @ AJK masjid yg diberikan kuasa mesti masuk dlm rumah tue dan ambil gambar semasa kejadian. Tak kiralah tengah telanjang atau tdk..Itu adalah bukti...

    Cubalah ko pikir, perempuan nak minta tolong apa lagi dengan lelaki pada jam 1.00 pagi. Nak minta tolong picit2kan badan ker. Jam2 mcm tue tak sesuai nak minta tolong, klu ya pun tak boleh ker tggu esok pagi.. Lepas tue dah tak ada kawan wanita lagi ker yg boleh mintak tolong..Mustahil tak ada lg kwn wanita diakan...

    Kdg2 tak ada ertinya bagi nasihat dlm hal2 sebegini. Budk2 nie tak makan samanlah. Cuba ko pikir dlm2. Klu kita bg teguran dorg akan membenci kta dan mungkin akan cari tempat lain untuk buat projek terkutuk..Ko nak tegur memanjang boleh, lepas tue hanya bru nak ambik tindakan saat lahirnya anak luar nikah yg kena buang kat tong sampah. Atau Ko lebih suka nak tengok lg lebih byk anak yg tak berdosa kena buang mcm sekarang nie???

    Terima kasih krn sudi bg komen kat blog Arm nie, ttp Arm harap lain kali jgnlah gunakan tanpa nama. Tunjukkan lah diri yg sebenar jika nak bg pendapat. Jangan takut Arm tak makan org punya...

    peace No war!!!

    BalasPadam
  14. tanpa nama,

    sangka baik kat orang yang ada kemungkinan buat maksiat, tapi sangka buruk kat orang yang cuba mencegah maksiat..

    Alang2 nak sangka baik biar fair

    Peliknya..

    BalasPadam
  15. malu famili si mati tu.. malu besar!! beringat2 lah di dalam setiap tindakan..

    BalasPadam
  16. Hari dalam surat khabar JAIS nafikan terlibat. Macam ada yang tak kena kes ni .

    Betul ke lapuran polis hari itu atau surat khabar tulis salah.

    Harap keterangan yang benar dari wanita yang masih hidup dapat menjelaskan keadaan.

    Wahai anak muda yang lain ambillah iktibar dari kes ini.

    BalasPadam
  17. sentiasa beringat...dan minta dijauhkan dari sgla hasutan syaitan..AMIN

    BalasPadam
  18. Dua hari lepas seorang anak muda berumur 21 tahun mati akibat panik takut polis dan "pegawai pencegah maksiat".

    Hari ini seorang budak berumur 15 tahun mati di tembak sebab panik di kejar polis.

    Sampai bila kita akan melihat sahaja anak-anak kita mati di tangan pegawai yang sepatutnya bertanggung jawab membila nyawa mereka.

    Adakah perlu satu cara yang berlainan untuk 'handle' kes yang melibatkan anak-anak muda yang sememangnya mudah panik dalam keadaan benar atau salah.

    Bayangkan kes seperti ini melibatkan kawan atau orang yang anda kenali. Tangkap , tembak , perangkap atau nasihat.

    BalasPadam
  19. To Panic : Kadang kala kita yg kat luar nie mmg senang nak menuding jari melihat stp kesalahan yg dilakukan oleh pihak berkuasa dlm menguatkuasakan undang2...

    Cubalah pula kita yg dlm situasi membuat operasi tangkapan atau semasa kejar-mengejar penjenayah nie. Mau tercabut jer jantung tue berdegup kencang dalam situasi begini. Dalam situasi spt nie, ada dua perkara sahaja yg akan berlaku. sama ada polis ker yg terbunuh @ penjenayah yg terbunuh...

    Dari apa yg Arm tahu, polis yg terlibat dlm kejadian menembak remaja tue sebenarnya mensasar kan tayar kereta yg dinaiki remaja tue...

    Tetapi ko kena faham bukan senang untuk menembak objek yg sedang bergerak. Apa2 pun anggota polis yg terlibat dlm kejadian nie sedang dlm siasatan, dan di arahkan serta merta bertugas di bhgn pejabat sehingga siasatan kes nie selesai...

    Sama2lah kita menunggu keputusan siasatan tue...

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..