Best Story

15 April 2010

Korang Tension ker??

Salam...


Selamat malam semua, Arm pasti setiap manusia pasti tak akan terlepas dari masalah atau pun  problem. Arm pun sendiri tidak terlepas dari pelbagai masalah. Masalah nie boleh datang dalam berbagai arah, boleh jadi masalah percintaan, masalah rumahtangga, masalah duit, masalah nak kurus ker atau gemuk, dan berbagai-bagai lagi masalah yang terdapat kat dalam dunia nie...


Bagi yang menghisap rokok contohnya, jika dulu hisap sekotak rokok sehari, jika sedang ada masalah, sehari boleh habiskan tiga kotak rokok sehari. Jika sebelum ada masalah, satu hari makan sampai 5-6 kali sehari, ketika ada masalah 1 pinggan sehari pun tak sampai. Jika dulu mandi macam nak banjir kamar mandi tue, time ada masalah mandi pun tak basah dah. Itulah dia pukulan hebat dari masalah...


Masalah nie pula datang kat dalam hidup nie tanpa kita undang atau pun panggil, tak kisahlah menggunakan kad jemputan atau menggunakan sistem pesanan ringkas bahasa singkatannya sms. Apabila masalah mula menghantui hidup kita, mulalah diri kita menjadi tak keruan dan kepala pun menjadi tension. Mulalah nak marah-marah kat orang yang ada kat sekeliling dia...


Bagi Arm, sepatutnya sebagai manusia yang dikurniakan akal, kita sepatutnya menggunakan sepenuh fungsi akal itu untuk melahirkan buah fikiran atau pun jalan penyelesaian untuk meyelesaikan masalah yang kita hadapi tue secara positif. Tak perlulah buat benda yang mengarut atau pun benda yang negatif semata-mata untuk menenangkan diri dari masalah yang sedang dihadapi...


Tak perlulah nak layan dadahlah, minum araklah, pergi disko atau pun kelab dangdutlah semata-mata untuk menghilangkan tension terhadap masalah. Memanglah tak dapat dinafikan jika kita buat benda-benda nie semua pasti diri akan tenteram dan dapat melupakan masalah, tetapi ketenteraman yang diperolehi tue bukanlah secara total, malahan perkara negatif yang dibuat kononya untuk mententeramkan diri dan menyelesaikan masalah tue pasti akan menggandakan masalah yang sedia ada....


Jika diri kita sedang menghadapi masalah, tak kiralah masalah besar atau pun kecil sepatutnya kita memikirkan kembali, di mana akar  atau pun punca sebenarnya masalah kita tue. Selepas sudah mengenal pasti akar masalah kita tue, bermulalah untuk menyelesaikan masalah dari akar tue dan ubahlah punca masalah kita tue menjadi akar yang positif dan seterusnya akan menghasilkan  sebuah pokok yang akan menghasilkan buah yang baik, maksud Arm  akhirnya kita akan berjaya mendapat kehidupan yang sempurna....


Selain kita berusaha untuk menyelesaikan masalah kita ikut step by step, janganlah lupa untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar kita mendapat kekuatan dari segi rohani dan dalaman diri kita tue. Dan dengan mudah kita akan dapat menyelesaikan setiap masalah yang sedang kita hadapi. 


Kesimpulannya di sini, setiap manusia kat dunia pasti mempunyai masalah yang tersendiri. Tak kiralah dia orang kaya atau miskin pasti akan ada masalah. Sebenarnya jika difikirkan balik, masalah nie sebenarnya adalah untuk mematangkan diri kita juga. Jadi jika ada masalah, hadapilah dengan hati yang tabah dan sabar serta sentiasa berfikiran ke arah positif ke atas masalah yang sedang kita harungi tue.


Semoga berjaya menghadapi masalah masing-masing...Selamat!!!
p/s : Salah satu cara untuk hilangkan tension kat masalah korang tue adalah dengan layan nie...

5 ulasan:

  1. Cik Num singgah je
    Cik Num tensyen juga hari ini..
    Cik Num DA exam esok..
    Tapi Cik Num xdapay bangun dari depan lappy..
    Cik Num tensyen ni.....
    haisshhhh
    tolong...ye
    just joke oke...
    nice entry...

    BalasPadam
  2. to owner : jgn tensen2...jom layan game tennis tue...

    BalasPadam
  3. konon2 hembus asap rokok masalah boleh lari!

    BalasPadam
  4. tension boleh berlaku bila kita terlalu stress.stress pula berlaku bila kita terlalu tumpu kepada sesuatu kerja yang kita buat...so,sekali sekala perlu rehatkan diri.lupakan kejap benda2 yang selalu kita buat.
    baru leh kurang tension dan stress...
    :-)

    BalasPadam
  5. to bestnya duit : sangat setuju, kita tak boleh terlalu biarkan diri kita dibelenggu oleh sesuatu perkara tue...sekali sekala bawa2lah berehat..biar segar sikit diri tue..

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..