Best Story

27 April 2010

Polis Tembak Remaja 15 Tahun???

Salam dari Arm...


Hari ini kita semua telah dikejutkan dengan isu seorang remaja yang ditembak mati oleh pihak polis di Shah Alam awal pagi semalam. Tujuan Arm di sini bukanlah untuk membuat sebarang spekulasi dan membuat tuduhan terhadap siapa yang bersalah dalam hal nie. Arm cuma mengharapkan agar pihak yang ditugaskan untuk menyiasat kes ini, tak kiralah penyiasat tue anggota polis atau pun bukan, silalah siasat kes ini secara telus dan jujur...


Dalam kejadian ini, apa yang Arm baca kat 'news paper' hari nie menyatakan yang remaja nie telah memecut keretanya sebaik ditahan oleh pihak polis yang melakukan rondaan di kawasan kejadian. Dalam siri adegan kejar mengejar tue, sebuah lagi kereta peronda turut memberikan bantuan untuk memberkas remaja nie. Sehingga polis terpaksa menembak tayar kenderaan remaja terbabit lalu terbabas di bahu jalan...



Selepas terbabas, rakan remaja yang ditembak tue berjaya melarikan dirinya. Semasa anggota polis cuba menghampiri remaja tue untuk membuat pemeriksaan, remaja tue telah cuba menggundurkan keretanya dan cuba merempuh anggota polis yang terlibat. Lalu polis telah melepaskan tembakan dan terkena kepada remaja tue...


Remaja nie baru saja berumur 15 tahun dan bakal menduduki PMR pada tahun nie. Polis juga menemui parang kat dalam kereta remaja tue. Ibu kepada remaja terbabit berharap agar orang ramai tidak melabelkan anaknya sebagai penjenayah kerana dia lebih mengenali siapa anaknya yang sebenar...

Allahyarham Aminulrasyid Amzah

Selepas nie Arm harap semua ibu bapa yang menyayangi anak mereka awasilah anak anda dan sentiasalah ambil berat akan pergerakan mereka. Janganlah sesekali melepaskan mereka membawa kereta di saat mereka belum memiliki lesen dan janganlah biarkan mereka keluar dari rumah lebih-lebih lagi pada tengah malam...

Sekali lagi Arm mengharapkan pihak yang diberi tanggungjawab untuk menyiasat kes nie, siasatlah secara ikhlas dan telus. Ingatlah Allah SWT sentiasa memerhatikan setiap apa yang korang buat....


p/s : Salam takziah buat keluarga remaja yang ditembak dan Al-Fatihah buat allahyarham Aminulrasyid Amzah....




32 ulasan:

  1. aku rasa dia nebes sbb bawak kete x de lesen.. sbb tu dia mencurigakan.

    Al-Fatihah

    BalasPadam
  2. amir tak puas hati la dgn kes nie.... erm..

    BalasPadam
  3. dgr2 mcm tuh aje tp xfollow up pasal ni.
    apsal ada parang lam kete?
    kebetulan ek? =.=

    BalasPadam
  4. em.hal polis lg.byk kes mcm nie~tp mmg x patut polis 2 tembak kepala arwah~al-fatihah~

    BalasPadam
  5. to Amir Izzat : Sabar2...mmg ramai yg tak puas hati..harap siasatan nnti dpt merungkaikan semua persoalan di hati kita...

    BalasPadam
  6. jadi, tembakan tu tembakan 'tersalah sasar' lah kan..hmmmmm...

    BalasPadam
  7. rossoneri : Arm pun sukar nak ckp, mgkin tembakan yg dilepaskan adalah tembakan untuk mempertahankan diri..ttp kes nie masih dlm siasatan, kita tggu dan lihat jer hasil siasatan nnti...

    BalasPadam
  8. aku kesian betul kat budak tuh..15 thn jek pun...aduyai..

    BalasPadam
  9. Remaja yang di tembak mati oleh Polis adalah suratan Takdir. Siasatan perlu di jalankan secara telus.

    BalasPadam
  10. Hai.. aku pon tak puas hati. Aku rasa something ni. Parang jumpa kat dalam Kereta? Macam ada orang masukkan je. Takkan remaja yg muka baik macam tu bawak parang untuk samun orang?

    Siasatan perlu dijalankan dengan jujur oleh pihak lain.Sebab ramai yang tak puas hati.

    BalasPadam
  11. Tapi, kwn dia cakap, diorang g tgk perlawanan bola mlm tu. Then mase balik, smpt tolong member moto rosak. Pastu mase diorang gerak, langgar mercedes. Diorang takut, then lari la. Mase tu plak polis nampak, then kejar. Diorang xnk stop. Polis tembak, satu kene tayar kiri, satu lg tembus masuk dlm kete kene blakang kepala driver. Driver (remaja) tu trus rebah ke kawan dia n kete tu terbabas. Kawan dia nafikan la yg remaja tu try reverse n rempuh polis, sbb mase tu remaja tu dah mati. Kalau tgk dlm pict tu pun rasenye mcm xgerak je kete tu dr atas barrier.

    Kalau kita tgk video polis US kejar penjenayah, diorang xkan lepaskan tembakan utk stop kan kete penjenayah. Sebaliknya akan guna taktik memerangkap, even menggunakan kete polis tu sendiri sebagai penahan berkesan supaya kete penjenayah tu xleh jalan lagi. Tp, nampaknya polis malaysia lebih hebat..bunuh trus.

    BalasPadam
  12. haih...aper la police. tapi can't blame the police. Mungkin mereka xtau yang dlm krete tu adalah budak je?

    BalasPadam
  13. lebey plak smpai nak tembak2x nape.bkn nye jenayah berat kot..

    BalasPadam
  14. Menggunakan senjata api adalah JALAN TERAKHIR. Itu pun hanya sebagai untuk menyelamatkan nyawa anggota polis sendiri. Kalau kesalahan yang dilakukan itu bukan JENAYAH YANG BERAT maka penggunaan senjata api BUKAN CARANYA. Kalau penggunaan senjata api "masih perlu" ianya hanya untuk mencederakan sahaja bagi membolehkan suspek ditahan, tidak lebih daripada itu. Pendek kata, tindakan polis menembak remaja terbabit adalah TIDAKM PATUT SAMA SEKALI. Kalau setakat kereta itu diundurkan, polis tu masih sempat mengelak, bukannya hendak dilanggar dari depan. Sebelum sebarang tembakan dilepaskan, banyak pertimbangan yang perlu diambil kira. Yang utama ialah penggunaan kekerasan (termasuk menembak) hendaklah sepadan dengan kesalahan yang dilakukan dan tidak melebihi dari yang diperlukan (contohnya mungkin ianya just to evade an arrest). Kalau ini tidak dapat dipastikan oleh polis, maka ianya NOT JUSTIFIED TO SHOOT TO KILL. Saya berpandangan parang yang ada dalam kereta itu diletakkan oleh polis sendiri bagi menutup kesalahan mereka.

    BalasPadam
  15. kalau dah involved polis tembak orang bla bla bla, memang news made it seem macam polis yang betul.

    this is one of the shits yang i think police pun kite kene siasat la bile de tembak orang. tak pasal2 je org awam jadi mangsa.

    even if budak tu ade buat salah, perlu ke tembak?

    malaysian police are not only corrupted, tp mcm tak berotak jugak kdg2. bertindak ikut nafsu.

    BalasPadam
  16. ada parang mungkin bapak dia nak guna ka apa ka.
    kebetulan.
    yang polis tembak tak tentu pasal pehal?

    HENTAHLAHHH~

    BalasPadam
  17. kebanyakan memang kereta ada senjata macam parang untuk pertahankan diri. bila baca komen Fikirkan tu dah jadi 2 versi pulak, biarlah siasatan berjalan dengan telus hendaknya.

    BalasPadam
  18. semoga rohnya diberikan keadilan yang seadilnya.
    InsyaAllah

    BalasPadam
  19. To Fikirkan : Harap bersabar erk, sbb masa kejadian tue kita tak ada kat situ..kita tak boleh membuat andaian kereta tue reverse ker apa ker...

    Kita tggu siasatan kes nie selesai. Dan jika terbukti anggota polis peronda tue yg bersalah biarlah mahkamah yg tentukan hukuman yg setimbal akibat kesalahannya...

    BalasPadam
  20. sokong komen2 kat atas. kalau ai kena tahan (ai xde lesen kete, tataw bwk kete pon), ai berhenti je. minta pengampunan dari pak polis. polis bukannya kejam sgt weh. takat kena lokap ke, kena saman ke, boleh diterima lagi. wat pe nak lari? cool jek.

    agak2 dia minta rasuahahaha tu, terus ambil no. polis dia. simpan wat kenangan. pastu send ke BPR. ahaks.

    al-fatihah utk arwah. pesanan utk mak bapak, kunci kereta jgn disepah2kan.

    BalasPadam
  21. firstly,al-fatihah untuk arwah..
    kes ni complicated la..ape pon,hope siasatan yg dijalankan adalah telus..

    BalasPadam
  22. aku pun rasa arwah just nk larikan diri mungkin takut kena saman @ sebaliknya..

    harap siasatan dijalankan dengan telus..

    BalasPadam
  23. hurmm... al fatihah untuk arwah...
    sy x tahu mcm mane nak memulakan bicara... manusia sekarang ni mcm da x boleh nk menggunakan akal fikiran... Allah bagi kita akal dan fikiran untuk kita gunakan sebaik- baiknya.... sy x menyebelahi mana2 pihak.. akan tetapi, pada sy dalam kes ini sebagai seorang pegawai polis, mereka haruslah menggunakan kuasa menembak sebagai pilihan terakhir jika terdapat ancaman keras... dan jikalau menembak pun mereka perlu menembak di tempat2 yang tidak mengakibatkan kematian kerana pelajar itu bukan penjenayah besar....dan belum pun terbukti ada melakukan kesalahan selain dari tidak mempunyai lesen memandu.... kepada pihak polis... lakukanlah siasatan dgn adil, walaupun ianya melibatkan pegawai dari jabatan itu sendiri..kita perlu ingt.. di dunia ni semua boleh terlepas... tapi di sana kelak Allah yang menentukan segala2 nya....

    BalasPadam
  24. hem...sedeh betol.....arwah kan pinjam kete orang ...tah2x mase arwah pinjam arwah tak tahu pun ade parang....polis diharap bersopan-santun jugek dalam menjalankannnn tugas....arwah baru umor15 of course laaa takot kalo kene keja dengan polis ,,,kan arwah takdek lesen.bende dah blaku...hope pasni kite dapat tahu sape yg salah..and pihak polis mestilah buat sesuatu supayeee peristiwe nii xblaku lagi

    BalasPadam
  25. Kepada pelajar / remaja, insiden sebegini sepatutnya memberi pengajaran dan peringatan supaya kita tidak menipu, tidak keluar malam, tidak terlibat dengan masalah sosial. Kan kalau kita duk kat rumah, dah sah2 malam kan, esok nak sekolah pulak tu, sudah tentu tak terjadi macam ni kan? Memanglah ajal maut tu kita tak boleh tentukan di mana2, tapi cuba fikirkan niat kita dan tindakan kita balik..then terjadi macam ni, siapa yang susah?

    BalasPadam
  26. aku bukan nk sebelahi saper2..cuma nak kita renungkan bersama.

    Kepada ibu bapa, awasilah anak anda tidak kira masa. Jangan terlalu mudah percaya dengan segala tindak tanduk anak-anak. Kadang-kadang di rumah memang pijak semut tak mati, tapi bila diluar, dialah raja. Macam Saintis ni.. Siyes aku cakap, mostly sekarang terlalu menangkan anak sebab itulah bila anak buat salah, orang lain disalahkan. AKu tak merujuk kepada kes ni, cuma mengambil iktibar.

    BalasPadam
  27. bagi aku mak pak budak tu yang salah....tak reti jaga anak.....100% punca dari ibubapa budak tu...korang pun boleh fikir pasai apa aku kata budak tu.....

    BalasPadam
  28. Oleh kerana telah banyak kelakuan polis yang melampaui batas akhir-akhir ini dan masyarakat masih buta hati tidak dapat menilai perbuatan yang salah dilakukan oleh pihak polis akhirnya Tuhan jadikan sebab kematian budak remaja ini sebagai satu tanda untuk membuka mata masyarakat semua supaya jangan tengok kepada pangkat atau jawatan tapi amalan seseorang. Jelas polis yang ada sekarang sudah merasakan mereka ini terlalu berkuasa hingga boleh menembak membabi buta. Suka syak wasangka. Seseorang yang waras hanya menembak setelah melihat lembaga yang hendak ditembak itu dengan jelas. Ini tidak main tembak je konon ada penjenayah dalam kereta. Kepada pihak polis yang terlibat tidak ada cara lain untuk menyedarkan anda hanya balasannya mungkin anak bini anda pula yang mati lepas ini. Baru anda sedar, itu saja ubat bagi kebodohan anda yang nyata tu. Lain kali ikut undang-undang Tuhan dahulu lepas tu baru undang-undang ciptaan manusia. undang-undang Tuhan melarang membunuh manusia sewenang-wenangnya. Kalau nak tau balasnany ialah anda akan dihumban keneraka buat selamanya, kerana Allah ibaratkan anda telah membunuh manusia sseluruhnya dan sekirannya anda menyelamatkan nyawa seseorang maka anda ibarat telah menyelamatkan nyawa manusia keseluruhannya. Tidankan polis menembak remaja tersebut menunjukan kan bawhawa polis sekarang sudah tidak professional langsung, bertindak terburu-buru ikut nafsu syaitan. Penjenayah yang sebenar langsung tidak dapat dikenalpasti dan ditangkap tapi hanya menyuruh masyarakat berkerjasama. Apa ni dahlah gaji mereka rakyat yang bayar lepastu buat kerja macam orang yang tak ada pelajaran langsung.

    BalasPadam
  29. Polis skarank mmg tidak ade rase bls kasihan.mreka mmikirkn bhawa mreka telah cukup bkuasa dan mmpu mbuat ape saje tnpa dkenakn ape2 tindakn.sama2 la kita tunggu.kbenaran akn tbongkar juga.

    BalasPadam
  30. sya rasa parang yng ada dlam kete mangsa di taruh sendiri oleh polis untuk menutup kesalahan mereka.

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..