Best Story

1 April 2010

Tips Pecah Rumah !!!

 Gambar hiasan jer..Kena-mengena dengan nie cerita daaa...

Salam semua,


Pada malam yang indah dan dingin nie, maklumlah kat tempat Arm petang tadi baru jer hujan turun dengan lebatnya. Syukurlah kurang juga kepanasan buat Arm dan orang kampung semua...hahaha...Malam nie izinkan Arm untuk memberi entry berkaitan tips-tips bagaimana nak pecah rumah orang...hehe. Gilakah, tak pasal-pasal blog Arm nie nanti kena banned pulak...Arm nak berkongsi sikit tips bagaimana untuk mencegah rumah kita dari dipecah masuk oleh siapa lagi, kalau bukan en. penyamun a.k.a perompak...Sila betulkan tempat duduk korang dan tumpukan pembacaan pada entry nie...
Pertama sekali, korang mesti menitik beratkan laluan yang ada untuk si penyamun nie masuk ke dalam rumah korang untuk membuat kerja jahatnya. Iaitu pintu depan, pintu belakang, tingkap-tingkap, bumbung rumah, apa lagi erk. Arm rasa ini saja kot laluan utama yang biasa digunakan oleh seorang kaki pecah rumah masuk ke rumah korang. 

Korang  mesti memastikan yang pintu rumah korang mempunyai kunci pasak yang berbentuk selak mati dari dalam. Jangan sekali-kali harap dengan kunci pintu yang memang ada kat pintu tue. Tue dia boleh guna kunci pendua atau pemutar skru untuk buka. Pastikan juga setiap pintu utama yang ada untuk masuk ke dalam rumah di pasang jeriji besi (grille gate) dari luar. Ini, tak termasuk pintu bilik dan bilik mandi yer. Pintu bilik tak perlulah korang pasang jeriji besi, nanti rumah korang dah jadi macam penjara pulak daaa. Memadailah pintu depan dan belakang saja korang pasang jeriji besi.

Lepas tue pula, berkaitan mangga bukan buah mangga yah. Gunalah mangga yang berkualiti seperti mangga jenis tembaga. Ini kerana, ia tahan asid. Jangan sesekali gua mangga brass yang berbentuk empat segi seperti jenama solex, sodex, kolex dan kotex, ups..kotex pulak, ini lain yah. Bukan apa, jenama nie senang sangat dibuka dengan menggunakan asid. 

Bagi tingkap pula, lebih kurang sama jugalah dengan pintu. Pasang jeriji juga, dan jika tingkap tue adalah yang jenis slide, bolehlah diletak kayu agar jika si penyamun berjaya membuka tingkap tersebut ia tidak boleh ditolak kerana ada kayu yang menahan tingkap tue. Owh cerita pasal tingkap nie ada taktik penyamun yang membaling batu ke tingkap rumah mangsa sehingga pecah, lepas tue dia menyorok ini adalah untuk memastikan  tiada orang di dalam rumah terbabit. 

Berkaitan bumbung pula, jangan letak sebarang alat yang boleh digunakan oleh penyamun untuk memanjat ke bumbung rumah korang. Contohnya seperti tangga, almari buruk, peti ais yang rosak, tong kosong dan sebagainya. Walaupun dengan memasang jeriji besi dan mangga kat pintu dan tingkap bukan jaminan untuk rumah selamat dari di pecah masuk, tetapi jika kita memasang benda-benda yang Arm kasi tau kat entry nie sekurang-kurangnya memperlambatkan dan menyulitkan si penyamun untuk masuk ke dalam rumah kita dan mungkin akan menyebabkan penyamun berputus asa...

Oklah, Arm rasa cukuplah tips untuk malam nie, next week Arm tambah lagi jika berkesempatan. Ayuh semua, pasanglah mangga, rantai, rantai basikal,  lock pasak, slide lock dan segala jenis lock kat rumah kita..hehe. Last-last ada kebakaran kat rumah tak dapat nak keluar sebab banyak sangat lock nak dibuka..hehehe, gurau erk. Biar pun tips yang Arm sampaikan sedikit, tetapi korang amalkan dan praktikkan. Itulah yang paling Arm harapkan...

8 ulasan:

  1. Alamak..dah komen tetiba disconnect pulak :

    Ini komen saya.salah silap harap maafi:

    1)template baruke?cantik dan menarik..honestly,lagi cantik dari template blog saya..jealous2..
    2)sesetengah entry agak panjang.mungkin boleh letak gambar untuk entry panjang.
    3)Kategori tajuk nampak menarik.mungkin boleh diataskan lagi...agak ke bawah dan paling last di situ...
    4)pelbagaikan entry..byk entry nampak pasal jenayah..arm ni poliske ye?
    5)Nama blog agak susah untuk diingat lebih2 lagi bila ada - tu.lagi satu kamikaze tu cam tak berapa manis bunyinya bagi saya...
    6)tagline agak menarik..

    Ada masa saya komen lagi...

    P/s :maaf kalau ada komen saya yang arm tak suka.hanyalah pandangan peribadi,tidak semestinya betulkan?

    BalasPadam
  2. To Eyriqazz : TQ bro...komen bro terhadap blog nie..sgguh Arm hargai sgt2...

    BalasPadam
  3. hahahak , ni kes baru kena pecah ke ape ,
    umah aku dulu , diorang kopak tingkap cmtu la . hahahak .

    BalasPadam
  4. Salam... saya rasa cam nak bela 'guard dog' yang garang tu je! Biar pencuri tu kena ngap kalau cuba buat hal... tapi anak saya kata sekor tak boleh - kena dua ekor sebab takut kalau sekor nanti perompak tu sempat buat apa2 kat anjing tu - jadi anjing sekor lagi boleh bantu :D hehehehehe

    BalasPadam
  5. To umi_e : Hahaha...betul jgk tue...mesti ada pasangan anjing tue...lepas tue siap bole membiak lagi..hehehe

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..