Best Story

28 Mei 2010

Contohilah Si Pohon Semalu...

Salam jumaat buat semua...

Inilah pohon semalu bagi yang tak tahu...

Sebelum Arm berbicara dengan panjang lebar tentang isi entry yang  ingin Arm utarakan pada malam yang indah ini, Arm ingin panjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianya masih lagi memberikan Arm peluang untuk terus hidup di alam dunia ini dan juga masih lagi memberikan kekuatan buat diri Arm untuk terus menulis di dunia blog yang banyak juga cabarannya nie...


Oklah, selama nie pernahkah korang tersentuh pohon semalu? yang mana pohon nie apabila kita tersentuh ia akan menguncup malu. Selain tue, jika terkena durinya pasti akan berasa kesakitan yang tak terucapkan. Sebenarnya pohon semalu nie jika kita fikirkan secara mendalam pasti boleh kita jadikan iktibar di dalam kehidupan kita sebenarnya...


Dewasa nie Arm tengok kebanyakan remaja tidak lagi berasa segan dan malu apabila melakukan maksiat. Berani melakukan adegan maksiat di tempat-tempat awam. seolah-olah perasaan dan sifat malu itu tiada di dalam diri mereka. Selepas tue siap ada yang rakam lagi adegan panas dan kemudian tanpa rasa bersalah menayangkan di dalam internet. Tak malukah korang?


Malangnya perasaan malu yang dianugerahkan oleh Allah SWT itu pula disalurkan pula di tempat yang salah. Contohnya malu bertanya semasa belajar di dalam kelas, malu untuk menutup aurat, malu berbuat baik dan seumpama dengannya. Sebenarnya malu itu adalah lambang kepada nilai keimanan seseorang muslim itu. 


Cuba kita renungi pohon semalu, bersama-sama pohon semalu itu terselit duri yang sangat tajam, yang mana duri itu adalah senjatanya untuk ia mempertahankan dirinya. Contohilah pohon semalu yang mana apabila kita dalam cobaan dan godaan ke arah kemaksiatan, pertahankanlah diri kita dari terjebak dengan sifat dan keperibadian yang tegas agar terhindar dari perkara yang boleh merosakkan diri kita...


Seterusnya pula, cuba kita perhatikan daunnya. Apabila disentuh saja salah satu darinya pasti semua daun yang berada di sekelilingnya akan turut tertutup malu. Begitulah juga dalam kehidupan kita seharian, sepatutnya semangat perpaduan dan rasa kasih sayang harus ditanamkan di dalam diri kita semua. Janganlah kita hanya mementingkan diri sendiri saja, kerana ada peribahasa yang mengatakan kerana setitik nila, rosaklah susu sebelanga...


Arm harap marilah kita renungkan dan ambillah pengajaran agar diri kita tidak terus terjerumus ke lembah maksiat akibat hilangnya sudah perasaan malu itu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud " Malu dan iman itu adalah teman seiring dan sejalan. Jika yang satu diangkat nescaya terangkat pula yang satu lagi." (Riwayat al-Tabarani-no.8313)





 

28 ulasan:

  1. perumpamaan yang bagus. zaman sekarang sangat tenat..remaja sgt terdedah dengan macam2 benda yang tak baik~

    BalasPadam
  2. anak sekarang ramai yang tak kenal pohon semalu.. agaknya itu sebab tak dapat ambil contoh dari sikap pohon tersebut..

    BalasPadam
  3. betul tu.. zaman skarang ramai dah tak tahu malu.. hmm..

    BalasPadam
  4. " Malu dan iman itu adalah teman seiring dan sejalan. Jika yang satu diangkat nescaya terangkat pula yang satu lagi." (Riwayat al-Tabarani-no.8313)

    jika iman seseorang tersebut berkurang maka berkuranglah malu seseorang itu..mekasih..dina baru faham maknanya...

    BalasPadam
  5. hurm..betul tu brader..
    remaja sekarang ni memang taktau malu

    BalasPadam
  6. perumpaan yang baik.
    Allah maha besar.. segala ciptaan-Nya terdapat rahsia bagi mereka yang berfikir..
    nice info bro!

    BalasPadam
  7. Didikan agama tak cukup agaknya. Terlalu hanyut dalam asmara dana.

    BalasPadam
  8. Takut dgr cerita2 remaja zaman skrg. Byk sgt negatifnya. Takut jugak nak besarkan anak zaman ni, macam2 cabaran. Hanya yg mampu aku lakukan, sentiasa dekat dan jadi sahabat pada anak. Dan yg plg penting selalu suapkan makanan yg di masak sendiri. Kata org air tangan ibu akan selalu buat anak dekat dan ingat pada ibunya. Harap2 begitulah hendaknya.

    BalasPadam
  9. To Shukor : Terima kasih..mmg sedih melihat tingkah para remaja skrg nie..lebih2 lg yg terlibat dgn sex bebas dan pmbuangan bayi..

    BalasPadam
  10. To DiNa-DiaNa : Itulah keuntungan buat manusia yg suka berfikir...

    BalasPadam
  11. To kyo_9 : terima kasih kyo..rajin2lah baca buku ilmiah dan berfikir akan kebesaran kekuasaan Allah..muda2han akan mendekatkan diri kita kpd Allah SWT..Amin..

    BalasPadam
  12. nice one arm!
    keep it up.

    sukee.

    BalasPadam
  13. aish..ramai sangat org tak malu sekrang ni..buat dosa mcam makan cekelat je..aish..ok la mau lebih pemalu pasni

    BalasPadam
  14. bagusnya entry ni. betul-betul. remaja sepatutnya contohi pohon semalu nii

    BalasPadam
  15. dah lama tak jumpa pohon semalu nie..

    agaknya pokok tue pun dah malu kot tengok keadaan orang kita sekarang..

    BalasPadam
  16. To lana leopard : Mmg terlalu byk cabaran dlm membesarkan dan mendidik anak2 zaman skrg nie...kdg2 anak2 lebih suka berkongsi masalah dgn kwn2 yg rapat dri berkongsi dgn ibu bapa..so, jadi kpd ibu bapa dekatilah anak2 anda spt anda rakan mereka jgak...

    BalasPadam
  17. salam kenalan..

    suke akan artikal ni ...

    BalasPadam
  18. arm,
    remaja ptut ad sifat mcm pkk semalu nie~~~

    fiqa suke entry nie :)
    thumbs up!!

    BalasPadam
  19. yups
    den penah baca pasal pokok semalu ni
    kisah antara nabi muhammad dengan anak dia pasal pokok semalu

    BalasPadam
  20. good article my friend,keep blogging!!

    BalasPadam
  21. huh. skng mcm2. xthu malu sudah. hish. insaf3. aku pun sme. haha ;D

    BalasPadam
  22. ehem..ellis datang lepaskan rindu.. :D

    BalasPadam
  23. salam, suka entri ni. memang tak dapat nafi lagi. dunia dah makin tua. org jahat lg ramai dari baik. kan?

    BalasPadam
  24. mase buat salah tu diorng tak malu, tapi bile muke masuk paper pandai je tutup muka sbb malu..

    BalasPadam
  25. Salam. Saya mohon izin linkkan entri ini di dalam blog. Terima kasih banyak..

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..