Best Story

16 Mei 2010

Janda Terdesak..Kumpul Duit Bertunang...

Salam buat korang semua...

Sebenarnya bermacam-macam kerja halal yang boleh kita buat kat dalam dunia  nie untuk mendapatkan duit. Walau pun begitu, boleh dikatakan ramai jugaklah manusia yang masih lagi memilih jalan salah untuk mendapatkan duit. Mungkin pada tanggapan mereka kerja itu mudah dan juga hasilnya lebih cepat serta lumayan jika dibandingkan dengan pekerjaan yang halal...


Begitulah jalan yang dipilih oleh seorang janda berusia 25 tahun yang terdesak,  yang mana sanggup menggadaikan maruah dirinya semata-mata untuk mendapatkan wang untuk digunakan pada majlis pertunangannya. Dia sanggup melakukan kerja pelacuran nie untuk mendapatkan wang RM 3000 untuk pertunangannya nanti...


Baginya inilah cara mudah untuk dia mengumpul duit dengan cepat kerana dia tak mampu untuk mendapatkan pekerjaan yang baik kerana kononya tak mempunyai kelayakan pendidikan yang bagus. Dia mampu melayan seorang lelaki hingga 5 lelaki dalam sehari dengan bayaran RM 100 setiap kali melakukan kerja jijik ini kat Kuala Lumpur...


Dia juga bertekad hanya melakukan kerja nie semata-mata untuk mengumpul duit RM 3000 tue, tetapi jika duit yang dikumpul hasil kerja haram nie cukup dia akan berhenti melakukan kerja jijik ini. Boleh juga macam nie yer. Persoalan yang Arm ingin timbulkan kat sini, apakah kebahagiaan hidup akan diperoleh jika sumber kewangan itu pun sudah jelas dan terang dari sumber yang haram...


Pastinya jika dia berjaya pun membina rumah tangganya, adakah keberkatan akan diperoleh?? Banyak lagi cara dan kerja yang baik dan halal yang boleh dilakukan oleh janda ini untuk mendapatkan wang. Apa pula perasaan bakal tunangnya jika mengetahui perkara ini selepas mereka berkahwin?? Biarlah Arm tinggalkan korang dengan persoalan ini, kerana Arm pasti korang semua pasti ada jawapannya....


p/s : Selamat hari guru kepada semua guru yang ada kat Malaysia nie, tanpa guru siapalah kita...


 

 

20 ulasan:

  1. ish..tk kan la smpai mcm tu skali..byk lg keje hlal..

    BalasPadam
  2. hmm mmg tak berkat rumah tangga tu nanti..

    BalasPadam
  3. Haram tetap haram dan tak ramai fikir akan keberkatan di dalam perkahwinan. Karang cakap lebih2 marah plak. Fikir2 kan lah. Rujuk pada ulama dan ustaz2 macam mana nak dapat kan keberkatan dalam perkahwinan.

    BalasPadam
  4. memang janda tu dah tak ada iman. senang je dia fikir. kalau Izrael cabut nyawa masa tengah sodap tu camana? tak sempat taubat tuu! hishh Nauzubillah.

    nak tgk apa yg kamu sudi komennn = BLOG PALING MENYENGAT

    BalasPadam
  5. Salam. Apa nak jadilah dunia sekarang? Sanggup buat semata-mata nak tunang. Haihhh. sangat pendek akal =_=''

    BalasPadam
  6. erkk sampai macam tu sekali orang buat alasan ..

    BalasPadam
  7. Rm3000???hurm... berapa banyak lelaki la yg dia kena layan sebab nak kumpul duit sebanyak tu...

    BalasPadam
  8. To sarah shafie : betul2..berlambak lg kerja kat luar sana tue..hanya dr diri kita sndri mau ker tak mau...

    BalasPadam
  9. To Syafrizal : Itu mmg betul, Arm tak nafikan..jika duit yg kita peroleh tue pun dr sumber yg tak halal, mcm mana nak dpt keberkatan rumahtangga...

    BalasPadam
  10. To Eciz : Bayangkanlah, tgh buat zina tue sakaratul maut menjemput dtg..nauzubillah, semoga wanita tue diberikan hidayah oleh Allah SWT...amin..

    BalasPadam
  11. isk..sgt tak patut.dr buat maksiat baik buat loan cara halal untuk kawen
    huhu

    BalasPadam
  12. salah satu..tanda kiamat..

    BalasPadam
  13. tak berfikir panjang...sepatutnya jadikan kesusahan tu sebagai dugaan untuk kita kat muka bumi ni bukan mengambil jalan pintas utk selesaikan masalah...

    BalasPadam
  14. bila xpikir halal haram, cmni la jd nye. kononnye hny Allah tau niat baik. Haram tetap haram.

    Semoga Allah beri hidayah kepadanya.

    BalasPadam
  15. macam2 ragam skang ni...petanda akhir zaman...

    BalasPadam
  16. ya allah
    sanggup dia wat macam tu kan?
    kesian laki dia

    BalasPadam
  17. mmg kdg2 org fikir senang jer, padahal tak patut pilih jln tu.. byk lagi pekerjaan kt msia ni.. lau tak, tak de ramai nak masuk tanpa izin..

    BalasPadam
  18. Firman Allah Taala: Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami). (Surah al-Furqaan: 74)

    BalasPadam
  19. if dh dosa tu ttp dosa brpn dgn niat yg bek nk bina ikatan suci..
    byk lg cara ln..hurm..

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..