Salam dari Arm...
Tolak jangan tak tolak...
Di tengah hari yang tengah panas terik nie, Arm nak story sikit pasal mat-mat rempit yang kena cekup kat satu operasi yang dijalankan polis trafik kat Ipoh perak awal pagi semalam. Kalau korang ada tengok berita buletin utama kat tv3 semalam, pasti korang ada tengok pasal berita nie...
Arm berasa tertarik nak kongsi berita nie dengan korang kat dalam blog Arm nie kerana apa yang menarik adalah mat rempit nie semua kena arah tolak motor dorang sejauh 7 kilometer (ambik ko!). Lepas tue apabila dah sampai kat perkarangan balai polis dorang kena suruh nyayi lagu 'Negara Ku". Siapa tak boleh nyayi lagu nie, bagus pergi hantar pegi Indonesia atau Thailand jer...
Bagus jugalah dorang nie kena buat macam nie, manalah tahu tup-tup dorang nyayi lagu 'Negara Ku' dapat juga menimbulkan perasaan sayang terhadap negara sendiri, dan secara tak langsung untuk menyedarkan mereka agar tidak melanggar undang-undang kat dalam negara sendiri...Okla tue!
Dalam operasi tue pihak polis terpaksa menyamar sebagai orang biasa yang menunggang motor semata-mata untuk menangkap mat rempit nie yang sedang melakukan aksi-aksi rempit mereka. Seramai 33 orang telah ditahan dalam operasi kali nie...
Selain tue juga, operasi nie adalah untuk menyedarkan mereka bahaya merempit yang mana boleh meragut nyawa mereka sendiri dan yang paling bahayanya lagi boleh meragut nyawa pengguna jalan raya yang lain juga...Pesanan Arm 'Jauhilah rempit, untuk negara'...
ada tgk jugak kt tv3, ingatkan apahal lah nyanyi negaraku dlm gelap. hahah
BalasPadamyang pentingg tuuu sayang nyawa okeyy. hatoiii tak hargai sungguhhh!
BalasPadamnak tgk apa yg kamu sudi komenn => Apa lah yang dia
merapu kan niii?
salam~
BalasPadamheheheh.. baru tau dorg... dah penat tolak motor 7KM, sampai2 aje kena nyanyi.. sure dorg igt nak nyanyi lagu yg ngah top skang... tup tup NEGARAKU plak... xdpt nak bayangkan muka sorg2 mat rempit nie... :))
haha..ade yang tak tau nyanyi lagu negaraku tak? :p
BalasPadamhehe,.. dni ado tengok gak kat tv. lucu tapi sebenarnya parah juga remaja2 ni
BalasPadamTo Nisaeciz : Betul2...klu tak syg nyawa tak tahu lah nak ckp apa dah..
BalasPadamTo ardinihumaira : memanglah tak dpt dinafikan, dorg nie lah selalu terbabit dgn jenayah jalanan...
BalasPadamBukan semua. Ada jugak yang kena tahan just disebabkan road-tax, lesen tamat tempoh, side-mirror takda dan pelbagai kesalahan kecil.
BalasPadamTapi dah disebabkan perangai mat-mat rempit ni la yang membuatkan semua mat-mat yang bawak motor dituduh mat rempit jugak.
Menyusahkan betul mat rempit ni. Orang nak bawak moto pergi surau pun rasa tak aman.
To Sylarius : Jangan marah maa...Arm tak kata pun mat motor tue mat rempit...jangan salah faham yer..
BalasPadambijak polis ni.
BalasPadammat rempit mgkin lbih sggup byr dnda dri nyanyi lgu ngraku dan heret motor..