Best Story

27 Ogos 2010

Komik Marvel versi melayu..





 Salam Ramadan buat semua...

Asalkan bulan Ramadan saja pasti kita akan disajikan dengan berita-berita berkaitan mercun. Mercun haram yang diseludup masuk dari negara jiran kita berduyun-duyun masuk ke dalam negara kita...


Yang paling gembira apabila mendapat mercun dan bunga api, pastinya kanak-kanak. Apa yang membimbangkan kita adalah keselamatan adik atau pun anak-anak kita yang bermain mercun itu sendiri...


Bukan hanya ada yang tercedera ringan kerana bermain mercun haram ini, tetapi risiko seperti putus jari dan anggota badan amatlah tinggi. Apa yang lebih dahsyatnya lagi adalah mercun haram ini boleh meragut nyawa mereka sebenarnya...


Arm berharap ibu bapa dan masyarakat semuanya harus bersama-sama peka dalam membendung masalah ini. Pantaulah anak-anak kita semasa mereka bermain mercun itu. Kalau boleh tak payahlah bagi mereka bermain mercun lagi, cukuplah bagi mereka main bunga api saja pun sudah memadai...


Janganlah pula kegembiraan kita pada bulan Ramadan dan juga kegembiraan  untuk menyambut kedatangan bulan syawal ini akan bertukar menjadi kesedihan dan mimpi ngeri kepada kita pula akhirnya...

10 ulasan:

  1. erm...skang pun dah ada yg cedera sebab mercun...dlm kita beringat-ringat pun ada je yg main jugak..

    BalasPadam
  2. hahah..comel je dialog komik. im wondering kalau tbe2 ada pengarah nk buat cter superhero dgn dialog cmtu. mesti budak2 ni terikut.. so, leh halang dr main mercun :D

    PERHATIAN!!! Friendly Blogger Award Untuk Blogger. Sila Amik!

    Review Filem Vampires Suck

    Backlinks Boleh Meningkatkan Jumlah Trafik Ke Blog

    BalasPadam
  3. To Azmi : Mmg pun..Sukar jgk bnd nie nak dibendung..

    BalasPadam
  4. To ~ ReD ~: Haha..Tq..Klu nak smpaikan mesej kat kanak2 kena guna kartun2 mcm nie..lg senang..bukan setakat kanak2 jer minat kartun..org dewasa pun ramai jgk..

    BalasPadam
  5. kalau budak2 tgok kartun depa lebih faham bahaya mercun,
    jom join contest merdeka kat myblog

    BalasPadam
  6. masalahnya kita tak bagi anak beli..tapi dah duduk berjiran..bila anak jiran main..anak kita sibuk nak main...pastu bapa dia orang bagi pulak..nak buat camno kan

    BalasPadam
  7. To kak ina kl: Tak apalah kak..akak belikan sja anak2 akak bunga api...jd dorg tak minat nak minta jiran punya mercun tue..

    BalasPadam
  8. haha, comel je, klakar plak baca dlm bahasa melayu....=)

    BalasPadam
  9. To nAdiEy :Hehe..Ok jgk klu dimelayukan kartun nie kan..

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..