Best Story

15 Ogos 2010

Suami Amuk Waktu Sahur - Isteri maut anak cedera parah!!!

Salam Ramadhan...

Sumber berita harian

Pagi tadi ketika kita semua sedang bersahur, rupa-rupanya satu kejadian pembunuhan ngeri telah berlaku. Apa yang lebih menyedihkan hati Arm ialah pemangsa adalah suami dan juga ayah, manakala mangsanya pula adalah isteri dan juga anak kandungnya sendiri...

Suspek yang dikatakan mempunyai masalah mental telah mengamuk seawal jam 3 pagi lagi. Jiran mangsa ada mendengar seperti bunyi pertengkaran diantara suami dan isteri ini, tetapi mengabaikan saja kerana hanya menyangka pertengkaran biasa saja...

Menurut pihak polis, isterinya dipercayai mati ditetak dengan parang kira-kira jam 5.15 pagi manakala seorang anaknya yang berumur 13 tahun parah selain putus jari tangannya. Manakala seorang lagi anaknya selamat tanpa kecederaan serius...

Pihak polis yang mendapat aduan orang awam, bergegas ke tempat kejadian dan cuba memujuk suspek supaya menyerah, tetapi suspek mengugut akan membunuh anaknya jika polis masuk ke dalam rumah...

Pada jam 8.30 pagi pihak polis tiada pilihan lain selain dari menembak suspek hingga mati kerana dia cuba menyerang polis dengan parang dan pisau. Sebelum pihak polis menembak suspek dengan peluru hidup, polis telah cuba melemahkan suspek dengan pistol renjatan elektrik, tetapi ia gagal melemahkan suspek malah menyebabkan dia bertambah agresif...

Itulah dia, pada pandangan Arm jika jiran kepada keluarga malang ini mempunyai sikap mengambil berat terhadap kes ini dan melaporkan pada pihak polis dengan segera, kemungkinan tidak ada nyawa yang melayang...

=
=
=

Apa yang menyedihkan semangat kejiranan semakin berkurang dan sebenarnya menjaga tepi kain dalam hal-hal sebegini bagi Arm adalah perlu juga. Bukan pula maksud Arm menjaga tepi kain seseorang hanya sekadar untuk mencari bahan untuk digosipkan bersama jiran yang lain, tetapi untuk menjamin keselamatan dan keamanan kejiranan kita juga...


 


16 ulasan:

  1. pergh.. sian polis terlepas sahur..
    btol gak bro, pengajaran buat kita pasal isu jaga tepi kain orang tuh~ ada masa OK, ada masa KO.. ;)

    BalasPadam
  2. Si ayah rupanya ade rekod mpunyai mslh mental. Al-Fatihah.

    BalasPadam
  3. ya allah..sungguh ketinggalan..bnyk berita yg sy xtau..

    BalasPadam
  4. salam ramadhan ;)

    betul, saya setuju dengan saudara arm.
    sekarang rakyat malaysia lebih kepada konsep mine is mine, yours is yours. takde lagi konsep its our.
    bila kita ambil tahu, ambil kisah dikatanya kita busybody. kan?

    BalasPadam
  5. To kyo_9 :Takper..inilah pengorbanan anggota keselamatan kita..sanggup berkorban apa saja..

    BalasPadam
  6. To Muka Haluih (MH):suspek yg juga suami mengsa adala seorang yg mempunya masalah mental dan seorang yg panas baran..Al-fatihah buat mangsa..

    BalasPadam
  7. To sHaiRA haIFA :owh..tak mengapa shaira..klu Shaira tak nak ketinggalan berita2 baru dlm negara kita..selalu dtg sini..krn arm selalu menyajikan berita yg berlaku dlm negara kita nie...

    BalasPadam
  8. To fatin zulkifli :betul2..tetapi perlu diingat jika kita menjaga tepi kain org, jgn pula sekadar utk kita cari bahan utk kita umpat dan berosip yer..Kita mesti peka terhadap apa yg berlaku dlm kejiranan kita...

    BalasPadam
  9. Salam... sedih mendengar berita ini...

    * setuju dengan pendapat Arm... sepatutnya jiran kena ambil tahu juga hal2 seperti ini...

    BalasPadam
  10. astaga..
    mana letaknya kemanusiaan seorang insan yg dipanggil ayah..anak sendiri ditetak, bini sendiri dibunuh..apa laa yang marah sgt smpai sanggup bt mcm tu..

    ni la yg jd bila amarah menguasai diri..bulan puasa pun jd kes2 mcm ni..takziah utk keluarga mangsa :'(

    BalasPadam
  11. To umi_e : Tq umie..ntahlah jiran skrg nie..Arm pun tak faham jgk..

    BalasPadam
  12. To nurfaiz shaidan :Entahlah..suspek ada masalah mental yg serius..sebab apa dia membunuh isterinya tidaklah diketahui..

    BalasPadam
  13. To mrs.lovesick : Memang berbahaya skrg nie..byk kes2 seumpama ini berlaku..apa puncanya mgkin kurgnya keimanan kpd Allah SWT...

    BalasPadam
  14. Innalillah.. bila nafsu menguasai akal.. tak dapat lagi berfikir apa yang rational.. hanya Allah tahu apa sebenarnya yang terjadi.. semoga anaknya NAJIHAH selamat... so sad.. :(

    BalasPadam
  15. kesian btul r... :( isk2

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..