Salam dari Arm...
Ha!! tak lama lagi Hari Belia Negara 2010 akan diadakan. Hari belia nie akan diadakan pada 14-16 Mei, jadi kepada belia (bukan beliau yer), ayuh kita serbu Putrajaya dimana tempat kejadian bersejarah nie bakal berlaku. Tema hari belia tahun nie tak lain dan tak bukan adalah 'Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara', mengancamkan temanya...
Bukan setakat temanya jer yang mengancam, tetapi pelbagai aktiviti menarik telah diaturkan untuk para belia semua. Antaranya adalah karnival jom heboh, Pc Fair, Auto Show, Drift Challenge, futsal dan macam-macam lagilah. Pastikan korang datang ah. Peh, Arm dah macam promosi jual barang daaa....hehehe
Satu lagi, kalau korang nak tengok Datuk Seri Najib Razak perdana menteri kita main futsal, marilah datang. Sebab acara kemuncaknya adalah perlawanan futsal yang mana captain pasukan menteri dan timbalan menteri adalah perdana menteri sendiri. Tak sabar nak tengok nie...
Oklah, korang nampak tak lambang yang hensem kat atas tue?? Kalau tak nampak bagus korang pergi cari klinik mata yang berdekatan dengan tempat tinggal koranglah kalau begini. Apa pula kena dan mengenakan lambang di atas dengan hari belia 2010 nie? Ha!! mai sini rapat-rapat yer. Lambang kat atas nie adalah milik ITYM (Information Technology Youth Movement), yang mana ia adalah sebuah persatuan yang berdaftar dengan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia...
Persatuan nie ditubuhkan adalah untuk menghimpunkan semua blogger belia yang ada kat dalam Malaysia nie agar luahan, pandangan dan suara blogger dapat didengari oleh kerajaan tanpa halanganlah dan juga untuk mengelakkan dari blogger yang suka menulis bukan macam manusia. Wujudkah blogger bukan macam manusia?? Macam alien workshop la tue kot. Gurau daaa...
Persatuan nie akan turut serta mengadakan pameran sempena hari belia nie. Jadi blog yang berdaftar dengan persatuan nie akan dipamerkan semasa pameran diadakan. Kepada yang berminat untuk berdaftar dengan persatuan nie, kliklah di sini. Jadi, pesanan Arm kali nie 'Majulah Blogger Untuk Malaysia'. Ayuh para belia sekalian, kita kasi gegar Putrajaya!!!...
p/s : Kepada para beliau yang merasakan dirinya belia, jangan lupa datang jugak yer...hehehe
aiseh..
BalasPadamade keje luar time tuhh.adoyai
wah!mcm best je..tp tak dpt la nk pergi..terikat dgn hal lain..huu
BalasPadamTo meorazor :Adoi..jgn sedih tahun depan ada lagi..hehehe
BalasPadamTo chenta :Tak pelah kan...apa boleh buat..tapi klu free dtg eh..jumpa di sana...
BalasPadamarm, kita g tgk piala thomas dulu :)
BalasPadamharap2 time tu aku rajin la dtg huhuhuhu
BalasPadamTo QieFLy si Dolce :hehe..rajin2kanlah diri tue..bnyak tue aktiviti kat sana nnti..semua besh!!
BalasPadamTo tanpa nama : lain kali kasilah nama encik baru bole ajak Arm tgok piala Thomas tue...
BalasPadamtak pernah tahu ada hari belia negara. haha
BalasPadamTo Amanina : Apa?! tak pe..kini nina dah tau lah kan...
BalasPadamjauh la...nk gi pun masa 2 sy ad koir kt seri negeri kt melaka
BalasPadamTo sitinorafatien : Owh..tak pelah, tp klu ada kesempatan pegilah..
BalasPadamharap anda tersenarai dlm 50 blogger tu...
BalasPadamTo iddinm : TQ, ats sokongan anda..join pun sekadar suka2 jer..demi support hari belia negara nie..
BalasPadamhehe...pergi gak ke? jumper kat sana la nanti okay!
BalasPadamumur 30 an belia lagi ker? klu 40 plak? hehe
BalasPadambestnya..kalau aku dpt masok pon mesti xleh pegi sebab jauh sgt..huhu
BalasPadambestnye=)
BalasPadamTo kacang : comfom best yang tak terhingga...
BalasPadamTo AKO : masih belia lagi tue..40 tahun ke atas baru beliau...hehehe
BalasPadamjumpa i sanaaaaaaaaaaa~
BalasPadam