Best Story

10 Mei 2010

Para Blogger Mari Meriahkan Hari Belia Negara 2010...

Salam dari Arm...


Ha!! tak lama lagi Hari Belia Negara 2010 akan diadakan. Hari belia nie akan diadakan pada 14-16 Mei, jadi kepada belia (bukan beliau yer), ayuh kita serbu Putrajaya dimana tempat kejadian bersejarah nie bakal berlaku. Tema hari belia tahun nie tak lain dan tak bukan adalah 'Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara', mengancamkan temanya...


Bukan setakat temanya jer yang mengancam, tetapi pelbagai aktiviti menarik telah diaturkan untuk para belia semua. Antaranya adalah karnival jom heboh, Pc Fair, Auto Show, Drift Challenge, futsal dan macam-macam lagilah. Pastikan korang datang ah. Peh, Arm dah macam promosi jual barang daaa....hehehe


Satu lagi, kalau korang nak tengok Datuk Seri Najib Razak perdana menteri kita main futsal, marilah datang. Sebab acara kemuncaknya adalah perlawanan futsal yang mana captain pasukan menteri dan timbalan menteri adalah perdana menteri sendiri. Tak sabar nak tengok nie...



Oklah, korang nampak tak lambang yang hensem kat atas tue?? Kalau tak nampak bagus korang pergi cari klinik mata yang berdekatan dengan tempat tinggal koranglah kalau begini. Apa pula kena dan mengenakan lambang di atas dengan hari belia 2010 nie? Ha!! mai sini rapat-rapat yer. Lambang kat atas nie adalah milik ITYM (Information Technology Youth Movement), yang mana ia adalah sebuah persatuan yang berdaftar dengan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia...


Persatuan nie ditubuhkan adalah untuk menghimpunkan semua blogger belia yang ada kat dalam Malaysia nie agar luahan, pandangan dan suara blogger dapat didengari oleh kerajaan tanpa halanganlah dan juga untuk mengelakkan dari blogger yang suka menulis bukan macam manusia. Wujudkah blogger bukan macam manusia?? Macam alien workshop la tue kot. Gurau daaa...


Persatuan nie akan turut serta mengadakan pameran sempena hari belia nie. Jadi blog yang berdaftar dengan persatuan nie akan dipamerkan semasa pameran diadakan. Kepada yang berminat untuk berdaftar dengan persatuan nie, kliklah di sini. Jadi, pesanan Arm kali nie 'Majulah Blogger Untuk Malaysia'. Ayuh para belia sekalian, kita kasi gegar Putrajaya!!!...


p/s : Kepada para beliau yang merasakan dirinya belia, jangan lupa datang jugak yer...hehehe




21 ulasan:

  1. aiseh..

    ade keje luar time tuhh.adoyai

    BalasPadam
  2. wah!mcm best je..tp tak dpt la nk pergi..terikat dgn hal lain..huu

    BalasPadam
  3. To meorazor :Adoi..jgn sedih tahun depan ada lagi..hehehe

    BalasPadam
  4. To chenta :Tak pelah kan...apa boleh buat..tapi klu free dtg eh..jumpa di sana...

    BalasPadam
  5. arm, kita g tgk piala thomas dulu :)

    BalasPadam
  6. harap2 time tu aku rajin la dtg huhuhuhu

    BalasPadam
  7. To QieFLy si Dolce :hehe..rajin2kanlah diri tue..bnyak tue aktiviti kat sana nnti..semua besh!!

    BalasPadam
  8. To tanpa nama : lain kali kasilah nama encik baru bole ajak Arm tgok piala Thomas tue...

    BalasPadam
  9. tak pernah tahu ada hari belia negara. haha

    BalasPadam
  10. To Amanina : Apa?! tak pe..kini nina dah tau lah kan...

    BalasPadam
  11. jauh la...nk gi pun masa 2 sy ad koir kt seri negeri kt melaka

    BalasPadam
  12. To sitinorafatien : Owh..tak pelah, tp klu ada kesempatan pegilah..

    BalasPadam
  13. harap anda tersenarai dlm 50 blogger tu...

    BalasPadam
  14. To iddinm : TQ, ats sokongan anda..join pun sekadar suka2 jer..demi support hari belia negara nie..

    BalasPadam
  15. hehe...pergi gak ke? jumper kat sana la nanti okay!

    BalasPadam
  16. umur 30 an belia lagi ker? klu 40 plak? hehe

    BalasPadam
  17. bestnya..kalau aku dpt masok pon mesti xleh pegi sebab jauh sgt..huhu

    BalasPadam
  18. To kacang : comfom best yang tak terhingga...

    BalasPadam
  19. To AKO : masih belia lagi tue..40 tahun ke atas baru beliau...hehehe

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..